PERSOAL DAN REMEHKAN KONTREK SOSIAL MAKA MELAYU MUAK DAP

DS NAJIB PM ADA MENGULAS MENGENAI ORANG MELAYU MELUAT DENGAN CARA DAP HINA DAN PERKECILKAN KEWIBAWAAN ORANG MELAYU SEBAGAI KETUANAN MELAYU DI MALAYSIA. DAP SEJAK DULU BERSAMA PAP BEGITU KONSISTANT CUBA MENCIPTA PERSEPSI DAN PUBLIC OPINOIN BAHAWA ORANG MELAYU JUGA PENDATANG ATAU IMIGRAN YANG DATANG DARIPADA INDONESIA. KEMUDIAN DAP JUGA BERHUJAH BAHAWA SEMUA KAUM SAMARATA DAN SAMA TARAF DI SEGI PENGAIHAN EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK DI MALAYSIA. ADAKAH BENAR ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SAMA KAYA DAN SAMA KEDUDUKKANNYA DI SEGI SOSIAL DAN POLITIK ???

KUASA BELI ORANG MELAYU/BUMIPUTERA SAMARATA KE DENGAN CINA ???

TARAF KESIHATAN DAN KEUPAYAAN SOSIAL SAMA KE ???

KEUPAYAAN MENDAPAT LAYANAN UNDANG2 SAMA KE KERANA ORANG CINA AMAT MAMPU MENDAPAT PEGUAM UNTUK SESUATU ISU YANG DIPERJUANGKAN.

OLEH KERANA TERLALU GHAIRAH UNTUK DAPAT HAK SAMARATA MAKA DAP SEOLAH2 MENGHINA MELAYU/BUMIPUTERA KERANA TUDUH SEBUT MELAYU SAJA ORANG MELAYU DITUDUH RACIST ATAU PERKAUMAN. DEB ATAU SEMUA DASAR MEMBANTU BUMIPUTERA DICAP KRONI DAN PILIH KASIH ??? MEREKA YANG DIBELA DEB SEOLAH2 IKUT DAP ADALAH RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA. ADAKAH MELAYU/BUMIPUTERA YANG DAPAT PEMBELAAN DEB KERAJAAN DARIPADA 1970 HINGGA 1990 SELAMA 20 TAHUN MAKAN DUIT HARAM ATAU DIRASUAH ???

AKIBAT PANDAINYA DAP MEMAINKAN ISU INI MAKA ORANG MELAYU JUGA KELLIRU DAN ADA YANG MENUDUH UMNO RACIST. TERLANJUR KATA ADA PULA ORANG MELAYU MALU NAK MENGAKU MELAYU DAN KATA MEREKA AMAT KESAL MALAH TAK BANGGA JADI MELAYU.

AMAT MALANG SEKALI NASIB ORANG MELAYU AKIBAT KADOK NAIK JUNJUNG DAP. 

ORANG MELAYU MUAK DAN CUAK KERANA SEJAK DULU HINGGA PERISTIWA 13 MEI 1969 MEMBAWA KE HARI INI PIHAK MEREKA INI HANYA PERSOALKAN BAHASA, BUDAYA, PELAJARAN, RAJA2 MELAYU, HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTERA, AGAMA ISLAM DAN LAIN-LAIN YANG DITUDUH SEBAGAI TIDAK ADIL DAN PILIHKASIH.

KENAPA JADI BEGINI ???

JAWABNYA DAP TIDAK PERNAH TERLIBAT SEMASA MENGUBAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN MERDEKANYA TANAH MELAYU ATAU MALAYA PADA 31 OGOS 1957. MEREKA TIDAK PERJUANGKAN KONTREK SOSIAL 1957. SEBAB TU LAH MEREKA TIDAK SOKONG DEB DAN HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTERA DAN LAIN-LAIN.

ADAKAH MELAYU/BUMIPUTERA MUAK DENGAN DAP ??? ORANG MELAYU PUN TIDAK ADA DALAM KEPIMPINAN PUSAT/UTAMA DAP MASAKINI KENAPA ??? baca ni……………..

SEBABNYA MELAYU DAH MUAK DENGAN DAP DAN DAP PUN RASANYA MUAK DENGAN MELAYU YANG MASIH PEJUANGKAN ASAS KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

 

http://jejarikami.blogspot.com/2012/10/melayu-dah-muak-dap.html

 

 

Kalau UMNO bekerjasama dengan MCA dikira haram. Macam mana pula PAS yang kini memang sentiasa dan wajib mendapat perkenan dari DAP untuk melakukan Sesutu perkara walaupun yang berkaitan agama Islam? Itu halal?? Sebenarnya inilah sikap pembangkang yang suka mencari kesalahan Kerajaan BN. Apa yang BN buat semua salah walaupun untuk kebaikan semua rakyat. Tapi mereka tak sedar selama ni mereka banyak menghalalkan yang haram.
Walaupun dalam pakatan terdapat 3 parti komponen (PAS, PKR, DAP) namun DAP yang nampaknya paling dominan dan kononnya ketua la dalam Pakatan Republik tu. Ketahuilah DAP orang Melayu sudah muak dengan DAP dan mencabar parti itu meletakkan calon di kawasan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
PM kita sendiri DS Najib Razak telah mencabar DAP yang konon dikatakan parti berbilang kaum untuk bertanding di kawasan Parlimen orang Melayu.
Orang Melayu sudah muak dengan DAP. Semua yang diperkatakan DAP adalah mengarut dan tak boleh pakai. Sebenarnya DAP hanya menggunakan orang Melayu untuk meraih undi mereka pada PRU akan datang.
Sehingga kini, parti pembangkang terutamanya DAP terus melaung-laungkan kononnya mereka lebih demokratik berbanding BN. Walhal DAP secara halus mempunyai agenda tersendiri untuk menghapuskan Melayu. Masyarakat Melayu kini dah sedar dengan taktik DAP. Tak perlulah berpura-pura untuk memartabatkan Melayu.
 

 

Rakyat perlu sedar hanya BN yang tidak pernah berpura-pura dalam memerintah negara. Malah Kerajaan sentiasa membuat sesuatu perkara untuk kebaikan rakyat dan bukan hanya kepentingan pemimpin mahupun parti semata-mata. Rakyat Malaysia tidak boleh mempersoalkan asas pembinaan negara di bawah prinsip Perlembagaan Persekutuan, tetapi boleh mempersoalkan keadilan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Kerajaan boleh melaksanakan tindakan afirmatif membantu Bumiputera tetapi pada masa sama perlu adil kepada masyarakat lain termasuk Cina.  Sebab itu gagasan 1Malaysia diadakan. Kerajaan bersikap inklusif, membantu sebanyak yang boleh, semua bangsa, semua komuniti tidak kira kecil atau besar.
DS Najib, “Kalau kita mula mempersoalkan asas penubuhan negara ini, negara akan hancur. Apa yang kita hendak perlu secara konsensus dengan mengambil kira kehendak dan kebimbangan masyarakat. Selepas itu kita boleh membangunkan negara aman, sejahtera dan masa depan yang cerah. Saya menjanjikan anda semua kerajaan yang adil dan saksama”.
 
Advertisements

UMAT ISLAM MALAYSIA MENANG SORAK KUASA DAN MARUAH TERGADAI MALAH HILANG

MASAKINI PAS, DAP DAN PKR AMAT YAKIN MEREKA AKAN TAKLUK PUTRAJAYA KALAU DIADAKAN PILIHANRAYA KE 13 BILA-BILA MASA PUN. UCAPAN DAN SYARAHAN MEREKA TANPA LAGI MENJAGA HATI BN YANG MEMERINTAH MASAKINI, MEREKA KATA TELAH TAKLUKI PUTRAJAYA.

PAS ADA JUGA MERASAKAN BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN MENDAPAT KERUSI YANG CUKUP UNTUK MENJADI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT. PKR PUN BEGITU OLEH KERANA MEREKA AKAN HANYA BOLEH MERAMPAS KERUSI PARLIMEN UMNO SAHAJA. MANAKALA DAP TELAH BEGITU YAKIN AKAN TAKLUKI SEMUA KERUSI CAMPURAN MELAYU/CINA/INDIA DI MANA MELAYU BUKAN PENGUNDI MAJORITI. PAS TAK AKAN DIBAGI BERTANDING DI KAWASAN CAMPURAN BEGINI. JADI APA PERLUNYA KERJASAMA INI ?????

OLEH ITU PAS ADA SUARAKAN SUPAYA UMNO SOKONG PAS UNTUK KUATKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT. SEJAUHMANAKAH SERUAN INI LOJIK ???

RASANYA LEBIH BAIK PAS SOKONG UMNO UNTUK PERKUATKAN UNDI MELAYU ISLAM. PAS KATA MEREKA DAH SERI UNTUK BERSAMA UMNO KERANA DAH BANYAK KALI KENA KENCING DENGAN UMNO. KATA PAS SETIAP KALI UMNO LEMAH ATAU DILEMAHKAN OLEH BEKAS PEMIMPIN UMNO SENDIRI, MAKA PAS JADI PENYELAMATNYA. UMPAMANYA SEKARANG UMNO DILEMAHKAN OLEH BEKAS TIMBALAN PRESIDEN UMNO IAITU DS ANUAR IBRAHIM MAKA PAS DIAJAK UNTUK BENTUK PERPADUAN MELAYU ISLAM. MALAH SEBELUM MERDEKA PUN PAS TINGGALKAN UMNO TAHUN 1951 KERANA TIDAK SETUJU CARA MERDEKA KERANA PAS LEBIH SUKA MERDEKA TANPA ORANG CINA DAN INDIA SEBAGAI WARGANEGARA MALAYA MASA ITU. MAKNANYA PAS SUKA MERDEKA MELALUI MELAYU RAYA IAITU BERGABUNG DENGAN INDONESIA.

KALAU KITA MERDEKA DALAM INDONESIA MAKA APA NASIB KITA SEKARANG ???

ITULAH PAS JANGAN MARAHKAN UMNO BILA MEREKA TERLALU CETEK BERPOLITIK. MASA INI PUN PAS HANYA TUNGGU MASA UNTUK DITIPU OLEH DAP DAN PKR SAHAJA KERANA DALAM BUKU JINGGA SUARA PAS MALAH MATLAMAT NEGARA ISLAM PAS TIDAK TERCATAT, MALAH BUKANLAH MATLAMAT UTAMA. MATLAMAT UTAMA BUKU JINGGA ADALAH KEADILAN DAN SAMARATA. DUA MATLAMAT INI IAITU KEADILAN ADALAH MATLAMAT PARTI KEADILAN RAKYAT MANAKALA SAMARATA (KUASA DAN HAK POLITIK) TANPA SAMARATA EKONOMI ADALAH MATLAMAT DAP. MANA MATLAMAT NEGARA ISLAM DAN NEGARA KEBAJIKAN ISLAM PAS ???????????

BETUL KATA PROF RIDUAN TEE DARIPADA UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL IAITU UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN HANYA JADI SERUPA UMAT ISLAM DI AFGHANISTAN, PAKISTAN, IRAQ, LIBYA DAN LAIN-LAIN IAITU “MENANG SORAK, KUASA DAN MARUAH AKAN TERGADAI.”

BETUL KATA DATO’ HASAN ALI, APA GUNA UMAT ISLAM PAS MENANG PUTRAJAYA BILA RAJA MELAYU, ISLAM DAN KETUANAN MELAYU TERHAPUS SECARA PROSES POLITIK. SEBAB ITU KATA BELIAU TAK ADA GUNA PAS KEJAR DAN MENANG PUTRAJAYA KERANA PAS AKAN TERTIPU DALAM POLITIK DEMOKRASI SECARA SAMARATA TANPA ADANYA JAMINAN YANG KUKUH KEPADA ISLAM, RAJA DAN BANGSA MELAYU.

MAKA SEKARANG INI SECARA EMOSINYA ORANG MELAYU DISOGOK DENGAN POLITIK IDEALISME IAITU NAK KAN PEMIMPIN YANG BERSIH, TELUS, SEDERHANA DLL TANPA MENGIRA KAUM DAN AGAMA. SEBAB AGAMA DAN KAUM TAK PENTING DALAM DASAR KEADILAN DAN SAMARATA. INILAH RETORIK POLITIK YANG PENUH ILUSI TANPA BERPIJAK PADA BUMI NYATA.

MARI TELITI HUJAH USTAZ KAZIM DAN USTAZ DR FADLI AKAN HAL INI :

BERITA VERSI ISLAM GAGAL AKIBAT KOMUNIKASI DI MASJID TAK BERFUNGSI

TERUK JUGAK KISAHNYA MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG YANG TIADA KESUDAHAN AKIBAT KEGAGALAN KEPIMPINAN DAP UNTUK SELESAIKAN MASAALAH UMAT ISLAM PULAU PINANG. MORALNYA KERANA KERAJAAN NEGERI DAP TIDAK FAHAM ISLAM ITU APA MAKA PAYAHLAH MEREKA NAK SELESAIKAN KEMELUT ORANG ISLAM KHASNYA LIBATKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM. NI BELUM PERINTAH MALAYSIA LAGI. SEBAB TU LAH MASAALAH ISLAM BUKAN BOLEH DIBUAT MUDAH. SETAKAT GELAR DIRI SENDIRI TOK GURU, MAHAGURU ATAU KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ TAK GUNA KALAU KITA TIDAK YAKIN DAN PERCAYA KEPADA ISLAM.

ABE AMAT KESALM KERANA SUDAH HAMPIR 60 TAHUN UMAT ISLAM BERPECAH DIPERINGKAT KOMUNIKASI. ISLAM BERKOMUNIKASI DALAM MASJID, SURAU ATAU MADRASYAH. KALU DALAM INSTITUSI KOMUNIKASI INI ISLAM GAGAL BERSATUPADU MAKA JANGAN HARAP ISLAM AKAN BERSATU DALAM EKONOMI, POLITIK, SOSIAL, UNDANG2, BUDAYA, PELAJARAN, KESIHATAN DLL. 

SUDAH BERPULUH TAHUN AKIBAT KAPIR MENGKAPIR ORANG ISLAM BERPECAH DAN GAGAL BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN. AKIBATNYA ORANG ISLAM DI MALAYSIA TIDAK TAHU APA TERJADI DENGAN ARAB SPRING YANG BERLAKU DI MESIR, LIBYA, SYRIA DLL. DALAM KHUTBAH DAN KOMUNIKASI ISLAM TIDAK ADA MAKLUMAT. MAKA ORANG ISLAM AMAT BERGANTUNG KEPADA AGENSI KOMUNIKASI BARAT YANG DIPELOPORI OLEH YAHUDI. MAKA MANA MUNGKIN ISU ARAB SPRING KHASNYA PALESTIN KITA DAPAT TAHU BERITA YANG SEBENARNYA. MANA BERITA VERSI ISLAM ???????? 

BACA INI …..http://www.guardian.co.uk/world/arab-and-middle-east-protests

 

LIDAH BERCABANG AKAN JANJI APA SAJA DEMI NAFSU DAN HAJAT HATINYA

dari utusan malaysia :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Anwar perlu mansuhkan PTPTN di Unisel, KUIS, Insaniah serta-merta

 Oleh Zaini Hassan

 


 

SAYA masih ingat semasa menjadi pelajar di universiti dulu. Datang pula dari keluarga yang bukan senang. Saya masih ingat ibu terpaksa pajak barang kemasnya untuk membiayai saya masuk universiti. Setiap bulan atau kadang-kala setiap minggu, pada siapa lagi yang boleh saya minta wang saku jika bukan dari bapa saya (yang kini sudah tiada).

Ada masa saya keputusan wang. Rakan-rakan sayalah tempat saya mengadu. Terpaksa tebal muka. Ada juga senior yang simpati memberi wang. Terima kasih kepada rakan-rakan, yang ada menghalalkan wang sumbangan mereka itu. Mereka itu kini ada yang sudah menjadi ahli perniagaan berjaya dan berjawatan tinggi.

Itu kisah saya pertengahan tahun 80-an dulu. Namun cabaran kini lebih getir lagi. Semuanya memerlukan wang. Anak sulung saya juga berada di universiti tempatan. Dia tidak mengambil Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Saya membiayainya sendiri, namun terasa perit kerana perbelanjaannya cukup tinggi.

Jika saya berasal dari Cherok Tok Kun, Cherok Bemban, atau mana-mana cherok (cherok dalam bahasa Utara bererti hulu, pedalaman atau tempat jin bertendang), maka anak saya tiada pilihan selain terpaksa meminjam dari PTPTN.

Anak-anak Melayu yang masuk ke universiti awam tempatan bukan semuanya senang. Rata-rata mereka berasal daripada keluarga miskin. PTPTN yang diilhamkan oleh ayahanda pemodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bermatlamat untuk membantu anak-anak ini belajar dengan selesa di menara gading.

Anwar Ibrahim sedar mengenai hal ini. Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa idea dan pelaksanaan PTPTN dilaksanakan.

Semasa saya belajar dulu, tiada PTPTN. Jika ada sudah tentu saya antara salah seorang budak Melayu miskin yang akan memohonnya. Dan setelah saya bekerja, maka saya akan membayar balik pinjaman itu. Atau jika saya mendapat Ijazah Kelas Pertama, maka ia akan ditukar menjadi biasiswa, tak perlu bayar. Namun saya bukanlah kategori itu, maka atas kesedaran itu, saya perlulah membayar balik pinjaman yang diambil.

Jadi, itu tidak menjadi hal. Orang Melayu bukanlah bangsa yang mahu semuanya free. Kita juga ada maruah. Saya tidak pasti macam mana timbulnya idea geliga Anwar meminta dihapuskan sahaja bayaran balik PTPTN kepada kerajaan. Seperti yang kita ketahui, itulah Anwar. Kaki putar alam demi kepentingan dirinya, partinya dan cita-citanya untuk menjadi PM. Dia gemar mencari isu popular untuk kepentingan dirinya.

Namun, dalam masa menulis kolum ini saya mendapat maklumat yang cukup memalukan. Universiti dan institusi pengajian tinggi yang dikuasai oleh kerajaan pembangkang, termasuk Selangor yang Anwar sebagai Penasihat Ekonominya masih menerima kemudahan PTPTN daripada Kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada para pelajarnya — Melayu, Cina dan India — yang miskin dan yang memerlukannya.

Jumlahnya juga besar (lihat carta): Universiti Selangor (yang dulu diasaskan oleh kerajaan BN) adalah antara penerima tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak RM851,294,429.90 iaitu hampir RM1 bilion. Ia digunakan untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak kewujudan PTPTN pada tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar miskin.

Unisel dan KUIS, yang ditubuhkan oleh kerajaan BN terdahulu, kini (kononnya, tolong betulkan jika saya salah) menjadi markas kuat penentang kerajaan Pusat pimpinan BN.

Sementara itu, satu lagi negeri pimpinan pembangkang, iaitu negeri kelahiran saya, Kedah turut menerima kemudahan faedah daripada PTPTN. Kolej Insaniah, sebuah kolej kecil, menerima kemudahan PTPTN sejak dari tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012. Sebanyak RM266 juta 229,500.00 telah disalurkan untuk kemudahan sara hidup dan pengajian bagi 5,900 pelajarnya. Rata-rata semua pelajarnya mengambil kemudahan tabung itu.

Kita hairan jika Anwar beria-ia mahu supaya hutang itu dimansuhkan, kenapa tidak dimulakan pemansuhan PTPTN untuk institusi di bawah jagaannya berkuat-kuasa serta-merta.

Jika beliau merasakan bentuk pinjaman itu sebagai zalim dan mahafiraun — maka kita mahu melihat kemudahan PTPTN oleh kerajaan Pusat itu dimansuhkan untuk ketiga-tiga institusi tersebut dahulu.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai hal ini kerana saya mahu pembaca sekelian membaca satu posting menarik yang ditulis oleh bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo mengenai perihal Anwar dan PTPTN ini di bawah tajuk Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah.

PTPTN bagi saya perlu diteruskan dan hanya perlu ditambah-baik dan diperhalusi dari segi sistem pengendaliannya. Ikuti entri dalam blog Dr. Khir pada bulan Februari lalu http://www.drkhir.com/2012/02/hipokrasi-anwar-dan-wajah-ptptn-yang.html

Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah

BARU-BARU ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal usul kemunculan dana ini.

Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).

Hipokrasi Anwar Ibrahim

Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3% dan seterusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin “rakyat” bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

PTPTN Perlukan Perubahan Drastik

Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.

Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.

Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.

Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.

Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.

PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.

PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.

Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.

PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.

Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.

PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.

Yang utama dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.

Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.

ulasan aberamly :……………………….Image

NAMPANYA HARI NI SIBUK ORANG BERCAKAP HAL PTPTN DAN MENGIKUT BLOG RBF ADA SEBUT PTPTN DILAKSANAKAN SEMASA DS ANUAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG JADI PEMANGKU PM.

HAIRAN JUGA SEKARANG DIA NAK HAPUSKAN PULAK. KENAPA TAK HAPUSKAN PADA MASA ANUAR BERKUASA DAN JADI PEMANGKU PM MASA TU,

ANUAR NI AMAT BENCI DENGAN KETUANAN MELAYU SEBAB DIA DAH TAK SUKA MELAYU JADI TUAN DI BUMI MELAYU INI. DULUKAN NAMA TANAH MELAYU. LEPAS TU MALAYSIA…MALAY TU APA ANUAR ??????????????

SEMUA DIA NI TAK SUKA. BILA KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ PENANG (ASAL MELAKA TAPI CARI MAKAN DI PENANG SAJEEEEEEE) TAK MAHU BUAT DASAR EKONOMI BARU DAN TAK SETUJU HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU/BUMIPUTERA… ANUAR DIAM SAJA. APA YANG BERLAKU DI PEANANG ANUAR TUTUP DUA BELAH MATA SEBAB NAK JADI PM. MAHALNYA HARGA YANG ORANG MELAYU KENA BAYAR UNTUK ANUAR JADI PM….SAMPAI KENA GADAI HAK DAN MARUAH MELAYU KE NI ??????????? HABISLAH MELAYU NANTI TELOR PELIR PON TERCABUT DENGAN STRATEGI ANUAR NAK JADI PM NI.SEMUANYA TOLAK DAN DIANSURKAN ATAS DASAR SAMARATA. IAITU SAMA SEMUA TERMASUK UGAMA, BUDAYA, EKONOMI, JANTINA, KAUM, PELAJARAN, KESIHATAN DLL. TAPI DALAM EKONOMI DAN JADI KAYA RAYA DI MALAYSIA NI SAMARATA KE ANTARA  KAUM…. ORANG ASLI PUN BERAPA ORANG JUTAWAN ??????????? KALU SAMARATA MAKA SEMUA KAUM PERLU ADIL SEMUA SEGI TERMASUK JADI JUTAWAN DAN LAKSAWAN….

MAKA DALAM PRU KE 13 NI….KHASNYA PENGUNDI GENERASI Y IAITU DEPA YANG LAHIR 1980 KE ATAS FIKIR LAH…..SEBAB ANUAR, NIK AZIZ, HJ HADI ATAU LIM GUAN ENG ATAU LIM KIT SIANG ATAU KARPAL SINGH KALU JADI PM PON TAK AKAN SAMPAI 50 TAHUN LAGI…..

ANDA YANG NAK HIDUP 50 TAHUN LAGI MAKA FIKIRLAH NAJIB KE SIAPA YANG ADA PELAN TRANSFORMASI YANG BELA DAN UNTUNGKAN AWAK DALAM MASA 50 ATAU 100 TAHUN AKAN DATANG…..

FIKIR YA ANAK2 DAN ADEK2…………………….

 

http://youtu.be/c1Vrs5fRXzM

http://youtu.be/c1Vrs5fRXzM

NAMPAKNYA DATO’ DR HASAN ALI DIPECAT TAK IKUT AL QURAAN DAN HADITH
DSAI SAKIT TOK GURU NIK AZIZ KATA … NAK BAWA DIRI TEROK…NAK BANGUN NAK DUDUK
PECAT AHLI PAS TAK SENONOH IKUT AL QURAAN DAN HADIH KE
PAS PERNAH KATA PERLEMBAGAAN MEREKA HANYA AL QURAAN DAN HADITH……. PAS = PASIR, AIR DAN SAMPAHHHHHHH
PAS = PUTAR, ALASAN DAN SESAT… TAK JUMPA CARI JALAN NEGARA ISLAM DAH….

http://youtu.be/c1Vrs5fRXzM

22 TAHUN KHAYAL DAN DIULIK MIMPI NEGARA ISLAM DAN HUDUD DI KELANTAN

HARI INI DILAPORKAN BAHAWA 100,000 PENGUNDI KELANTAN ADA DI LUAR NEGERI KELANATAN. MEREKA INI SETIAP ADA CUTI MAKA BERDUYUN2 DAN BERSESAK-SESAKLAH BALIK KELANTAN. JALAN ROSAK DAN TERUK DARIPADA BENTONG KE RAUB KE KUALA LIPIS DAN KE GUA MUSANG TU LAH YANG MENJADI MEDAN PERTARUNGAN NYAWA. APA TIDAKNYA JALAN DUA LORONG YANG SEMPIT, BERBUKIT BUKAU DAN BERLUBANG2. JALANNYA AMAT MERBAHAYA DAN TUNGGU MASA SAHAJA UNTUK KEMALANGAN. KALAU HUJAN AIR BERTAKUNG DI KIRI KANAN DAN ATAS JALAN YANG SEMPIT ITU. AIR HUJAN TUTUP LUBANG BESAR DAN KECIL. MAKA TUNGGU LAH KERETA AKAN ROSAK, PANCIT ATAU BERLAKU KEMALANGAN AKIBAT JALAN YANG BEGITU TEROK SEKALI.

TAPI TAKPE ORANG KELANTAN DAN ORANG BUKAN KELANTAN YANG HASUT SUPAYA SOKONG PAS ATAU PR DI KELANTAN YANG TELAH LAMA ITU HAMPIR 22 TAHUN AKAN KATA SOKONG PAS DEMI ISLAM DAN KERAJAAN YANG TAK ADA RASUAH. HAHAHAHAHA MANA MEREKA NI TAHU SUSAH PAYAH ORANG KELANTAN TERPAKSA HIDUP MACAM TAHUN 50AN SEPERTI JALAN NAK BALIK KELANTAN ITU. ORANG SELANGOR DAN PAHANG ATAU PULAU PINANG DAN LAIN-LAIN PEDULI APA SEBAB MEREKA PUNYAI LEBUHRAYA BERTARAF DUNIA. ORANG KELANTAN APA ? BANGGA DAN TERHIBUR DENGAN LAGENDA PENGLIPURLARA TOK GURU DAN PENCIPTA POLITIK ISLAM UNTUK LADANG RAKYAT, BROKER TANAH DAN BEKALAN AIR KELANTAN YANG BERTARAF TAHUN 50AN ?

BACA LAH SEMUA KOMEN DALAM MALAYSIAKINI TU. MANA ADA INSAF ORANG KELANTAN TU. MEREKA SYOK DAN KHAYAL DENGAN LEGENDA DONGGENG MITOS CIPTAAN PAS SEJAK 22 TAHUN LALU. KATA PAS MEREKA NAK BUAT ISLAM, NAK BUAT HUDUD, NAK JADIKAAN KELANTAN SERAMBI MEKAH, NEGERI BERKAT DAN TAK DER PENIPUAN. ADAKAH SEKIRA MEREKA MENIPU PUN AKAN DIKATAKAN “ANA MENIPU CARA ISLAM” ???????

YA ORANG LAIN TAK RUGI APA. YANG RUGI ORANG KELANTAN TERPAKSA PIKUL BEBAN NAFSU POLITIK NEPOTESMA KRONI DAN KELUARGA GAYA PKR DAN DAP…… SETIAP CUTI ORANG KELANTAN AKAN BERSESAK BALIK GUNA JALAN ROSAK, SEMPIT DAN MERBAHAYA. SEDANG PEMIMPIN PAS, PKR DAN DAP GUNA KAPALTERBANG ….

FIKIR-FIKIR LA WAHAI BRO PENGUNDI LUAR KELANTAN SAMPAI BILA KITA NAK BUCIT PERUT KEMBUNG ANGIN DENGAN LAGENDA DAN MITOS TOK GURU DAN USTAZ PAS KELANTAN ????????????? AIIIYAAA KENTUT PUN KUAR ANGIN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DAN KEPIMPINAN ULAMAK DI KELANTAN….ADOIIIIIII PENAT DAN PAH TUO LA LAGU NI….

http://www.malaysiakini.com/news/187251
Umno K’tan kenalpasti 100,000 pengundi luar
5:36PM Jan 21, 2012
Kesemua 14 bahagian Umno di Kelantan diarah mengenalpasti lebih 100,000 pengundi yang berada di luar negeri itu supaya pulang mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Amereka merupakan kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti.

“Mereka berada di beberapa buah negeri termasuk, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Trengganu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan jentera pilihan raya BN DUN Perupuk hari ini.

Lebih 100 peserta menyertai seminar itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Awang Adek, yang juga ketua Umno bahagian Bachok, berkata usaha setiap bahagian mengenalpasti pengundi luar itu akan dipantau oleh Biro Pengundi Luar yang dipengerusi ketua Umno bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Sementara itu, Umno Terengganu telah menyiapkan bancian pengundi luar bagi mengenal pasti mereka yang layak mengundi dalam pilihan raya umum Ke-13.

Pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata menerusi bancian itu, pihaknya berjaya mengesan seramai 69,000 pengundi luar yang tidak pulang semasa pilihan raya lalu selain turut membuat bacaan sikap mereka.

“Kita ada semua maklumat perhubungan seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal sebab kita nak hubungi mereka dan minta mereka pulang mengundi pada PRU 13 nanti,” katanya ketika berucap pada majlis Penutupan Pemukiman Kepimpinan
Umno Terengganu hari ini.

Penutupan program tiga hari yang berakhir hari ini dilakukan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan dihadiri 421 anggota parti.

Ahmad, yang juga menteri besar Terengganu, berkata bancian terhadap pengundi luar merupakan segmen penting bagi sesebuah parti dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana golongan berkenaan berupaya menentukan kemenangan parti dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau DUN supaya menggunakan data dan maklumat bancian itu pada PRU 13 kelak.

– Bernama

23 komen

Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi
HA, HA, HA, HA, HA….Ketua penyamun dari kelantan buatlah, ckplah…rakyat kelantan di anggap paling cerdik di MALAYSIA…umno bg duit ambik..bagi kemudahan bas AMBIK! masa mengundi! PANGKAH BULAN! ingat tak kawan2..lepas tewas..SEWEL mamak AWANG ckp sendirian…kau mati 7 kali, hidup 7 kali pun….KELANTAN TEGUH DI BAWAH PENTADBIRAN TUAN GURU NIK AZIZ…siap kau PRU-13 NANTI ,,, AWANGGGGGGGG.

ABU….ASALKAN BUKAN UMNO!
Balas · 23 · · 4 jam yang lalu

Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
rakyat Kelantan xakan sokong UMNGOK Be End…..!!!
Balas · 8 · · 4 jam yang lalu

Kayucemeti Kc · Pengulas Tertinggi
Zanirun Baba …Yang dimaksudkan pengundi luar lebih 100,000 tu bukan pengundi tempatan tapi pengundi hasil pemutihan sedikit masa dulu pengundi Bangla/Veitnam/Sri Langka/Burma/Filiphina dan Indonesia banyak diperuntukan pada negeri Kelantan/Selangor/Trengganu dan Penang dan negeri2 yang dikategorikan tidak selamat … auta umno dalam kocek kami sebab kami dulu pun umno jugak tapi sekarang ni …ABU !!!
Balas · · 4 jam yang lalu

Daus Syawal · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
hahaha…angan2 mat jenin umno nie…..
Balas · 1 · · 3 jam yang lalu
Lihat 8 lagi

Muhaimin Abdurrahman · Pengulas Tertinggi · UM
kpd pengundi kelantan di luar sila minta banyak2 duit tambang dan kos2 lain, tp bila ngundi pangkah bulan.
Balas · 9 · · 5 jam yang lalu

Ahsan Umar · Pengulas Tertinggi
Aku suka usaha si awang ni… bawak kelik semua rakyat kelantan, lepas tu kita pakat ramai-ramai pangkah bulan… duit yg si awang guna byr tambang bas dan upah tu pun duit rakyat gak..

LEE KUAN YEW PUN TAK MAHU SINGAPORE JADI NEGARA KOMUNIS PADA 1963 DULU

SEMPENA SYAWAL NI MC SABU@SEBU DAN TUKANG KARUT SEJARAH PUAK PEMBANGKANG BN INSAFLAH DAN POHON MAAF KEPADA SELURUH MELAYU ISLAM SEBAB DAYUS TAKUT NAK NOBATKAN MELAYU ISLAM MALAYA DULU SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN SERTA MATI SYAHID PERTAHANKAN TANAH MELAYU DARIPADA PENJAJAHAN KOMUNIS. PM LEE KUAN YEW PON MASUK MALAYSIA 1963 KERANA LARI DAN BENCI KOMUNIS SINGAPORE MASA TU…..KABAR2 LA GETEK

HAHAHA KALU PM LEE KUAN YEW SINGAPORE YG BIJAK GENIUS OTAK TERBAIK DI ASIA PUN TOLAK KOMUNIS DAN MERDEKA DALAM MALAYSIA 1963 SEBAB TAK TAHAN DENGAN PUAK PEKERJA SINGAPORE YANG MERACUNI FIKIRAN PEKERJA ATAS DASAR KOMUNIS SAMARATA SERTA ANTI PERNIAGAAN EKONOMI BEBAS, MAKA OTAK PUAK YANG MEMBANGKANG PM NAJIB TENTULAH OTAKNYA TAK SEHEBAT LEE KUAN YEW. TOK GURU NIK AZIZ AMAT KAGUM NGAN PM LKY YANG MARI KE PEJABAT MB KELANTAN TU. TOK GURU ANGKAT IBU JARI TANDA LKY TERBAIK… NO I. LEE KUAN YEW TAHU KALU SINGAPORE JADI KOMUNIS MAKA NEGARA ITU TIDAK AKAN DAPAT LAWAN HONG KONG, MACAU DLL SERTA JADI NEGARA PELABUHAN DAN PENIAGA KAPITALIS TERKUAT DI ASIA. SETAKAT NAK KATA CHIN PENG DAN PKM HERO DAN TAK PERNAH BUAT KAJIAN PHD SEJARAH MAKA AMAT DANGKAL SERTA KALDAI LAH HUJAH DEMO TU WEEEIIIIIIIIII. TANYA LAH LEE KUAN YEW TU DIA DOK HIDUP LAGI. TANYA JUGAK TUN DR MAHATHIR. DEMO BULEH LAWAN KO OTAK MAHATHIR SEBAB LKY PUN BISU BILA BERDEPAN DENGAN HUJAH MAHATHIR SEBAB MAHATHIR DOK BELAJAR DI SINGAPORE MASA LKY DOK PENING DENGAN KOMUNIS SINGAPORE MASA TU.

TOK GURU KAGUM DENGAN HEBATNYA ASIA BAGUS LEE KUAN YEW. MC SABU ???

KGE BANGGA TUNJUK KAT DADDY LKY DIA DAH TAKLUK PENANG. LKY BANGGA KAT LGE

MAKA ABE NASIHATKAN MEREKA TUKANG KARUT SEJARAH KEMERDEKAAN YANG DAYUS NI BERTAUBAT LAH.

BUKA LA JUGAK BLOG OTAI……

AHZAB MALAYSIA KUBURKAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA ???

PROF MAT NOR DRIS BEKAS AKTIVIS PAS YANG SEKARANG INI SEBAGAI PENCERAMAH BEBAS DIKELANTAN PERNAH MENGATAKAN BAHAWA PAS ADALAH AHZAB MALAYSIA.

MASA INI PAS BEGITU BANGGA DENGAN AYAM JAGUHAN MEREKA YANG BUKAN ULAMAK IAITU PROFESIONAL SEPERTI MAT SABU DAN MAHFUZ YANG DIKATAKAN SEBAGAI PEJUANG SERTA PENGERAK MOBILITI REVOLUSI RAKYAT MALAYSIA.

KENAPA PAS TIDAK GERAKAN REVOLUSI ISLAM BERSAMA PIMPINAN ULAMAK ??? KENAPA ULAMAK DIAM DALAM ISU INI ???

MAKNANYA BETUL LAH APA YANG DISEBUT PROF MAT NOR DRIS IAITU TOKOH YANG MENJULANG NIK AZIZ MASUK PAS DI AWAL 70AN DULU (MASA ITU TOK GURU DIKATAKAN BEKERJA DENGAN KEMAS@UMNO) TETAPI DIBAWA KE DALAM PAS UNTUK DAULATKAN PERJUANGAN MELAYU ISLAM MASA ITU UNTUK MENENTANG PERIKATAN BERSEKUTU DENGAN MCA DAN MIC DAN MEMBANTAH PRINSIP JUS SOLI IAITU ORANG BUKAN MELAYU MENDAPAT KEWARGANEGARAAN SECARA JUS SOLI.

SEKARANG TELAH TERBALIK SEBAB REVOLUSI RAKYAT YANG DIPERJUANGKAN PAS BERSAMA PKR DAN DAP TERMASUK BERSIH S. AMBIGA ADALAH BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI AHZAB MALAYSIA. PROF MAT NOR DRIS JELAS MENGATAKAN BAHAWA MEREKA INI AZHAB KERANA NAK TUMBANGKAN SEBUAH KERAJAAN ORANG ISLAM IAITU PIMPINAN DYMM AGONG DAN PERDANA MENTERI MALAH MAJORITI AHLI KABINET ADALAH BERAGAMA ISLAM. MANAKALA DASAR NEGARA PULA JELAS IKUT PERLEMBAGAAN IAITU ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.

PERSOALAN TERLALU KUSUT KERANA UMAT MELAYU ISLAM SEKARANG AGAK KUFUR NIKMAT ALLAH. MEREKA NAK BUAT AHZAB MALAYSIA KERANA TIDAK SYUKUR. MEREKA INI IBARAT YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN. MEREKA INI HARAP GURUH DILANGIT AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN. PENDEKNYA KUFUR DAN TAMAK. IBARAT ANJING DENGAN BAYANG2 ORANG TAMAK SELALU DAN SELAMANYA RUGI.BUKAN SAJA KUFUR TAPI TERMAKAN HASUTAN DAN DIPONG.

REVOLUSI RAKYAT MALAYSIA YANG AHZAB MALAYSIA IAITU ORANG ISLAM MENYOKONG MUSUH ISLAM UNTUK JATUHKAN KERAJAAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA AMATLAH DASYHAT DAN AKAN MELENYAPKAN SEMUA NIKMAT ALLAH KEPADA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA SELAMA INI. SEBAGAIMANA NEGARA2 LAIN LIHATLAH REVOLUSI YANG TERJADI AKIBAT PERANG SAUDARA SESAMA ISLAM MENYEBABKAN EMPAYAR DAN TAMADUN ISLAM BERKUBUR SELAMANYA.

SEKARANG PAS HENDAK ULANGI SEJARAH HITAM PERANG SAUDARA DALAM SEJARAH ISLAM DENGAN NAK KAN AHZAB MALAYSIA ???

SEJARAH ISLAM TELAH BUKTIKAN BAHAWA PERANG SAUDARA SESAMA ISLAM HANYA AKAN UNTUNGKAN MUSUH ISLAM ???

LIHATLAH TUNISIA, MESIR, SYRIA, AFGHANISTAN, PAKISTAN, PALESTIN, SUDAN, IRAQ DAN LAIN2. AKIBAT REVOLUSI RAKYAT DI SITU ADAKAH UMAT ISLAM SEMAKIN KAYA HIDUPNYA, UMAT ISLAM SEMAKIN TINGGI GAJI DAN LUMAYAN PENDAPATANNYA ??? ADAKAH AKIDAH MEREKA MENINGKAT KERANA KEMISKINAN ADALAH SAUDARA KEKEUFURAN .ISLAM TERBELA KAH DI SANA NUN ??????????

ITULAH AKIBAT AHZAB IAITU PERBUATAN PERANG SAUDARA SESAMA ISLAM MAKA PIHAK BUKAN ISLAM YANG DAPAT UNTUNG SEGALANYA2. MAKA KALAU PAS TETAP NAKLAKSANAKAN AHZAB MALAYSIA BERSAMA DAP DAN PKR MAKA KITA TUNGGULAH BALASAN AZAB DAN KETENTUAN ALLAH AKIBAT AHZAB YANG KITA BUAT.

MUDAH2AN ALLAH SEPAK TEPI DAN JAUHI UMAT ISLAM DARIPADA AHZAB INI. AMIN.

KENAPA MELAYU DAN AREA MELAYU JADI MEDAN BERSIH DI KL ???

KHABARNYA DILAPOR DALAM MALAYSIAKINI HARI INI 7 JULAI 2011 BAHAWA PAKATAN RAKYAT TELAH MENGERAHKAN 300,000 AHLI MEREKA UNTUK BERSAMA BERSIH DI STADIUM MERDEKA.

BETUL KE BERITA INI ???

NAMPAKNYA TITAH AGONG SUPAYA DIHENTIKAN DEMONTRASI HARAM BERSIH MASIH MENJADI POLIMIK LAGI. AGONG TELAH PUN BERJUMPA PRESIDEN BERSIH S. AMBIGA. NAMUN MEMORUNDUM TIDAK PUN DISERAHKAN KEPADA DYMM AGONG SECARA AMAN. SEBALIKNYA MEREKA BANGKIT KEMBALI UNTUK MENGADAKAN DEMONTARSI BERKENAAN DI KL WALAUPUN MB SELANGOR TELAH MENAWAKAN STADIUM DI SELANGOR. ABE RASA BAIK MEREKA BUAT DEMONTRASI DI NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT IAITU DI KELANTAN, SELANGOR, PULAU PINANG DAN KEDAH UNTUK MENUNTUT BERSIH SPR. DI NEGERI PAKATAN RAKYAT MEREKA PUNYAI KUASA EKSEKUTIF TERHADAP PBT, STADIUM DLL. RASANYA ELOK KMEREKA MULAKAN SEKARANG DEMONTRASI DI NEGERI PAKATAN RAKYAT DARI SEKARANG HINGGA PM UMUMKAN TARIKH PILIHANRAYA. INILAH CARA YANG BERKESAN KERANA NEGERI ITU MB ATAU KETUA MENTERI BERTANGGONGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP RAKYAT MASING-MASING.

SELAIN ITU ELOK MEREKA BERHENTI DARIPADA MEMBUAT PERSEPSI UMUM BAHAWA AGONG BERTINDAK ATAS NASIHAT BN. INI KERANA AGONG MENGIKUT PERLEMBAGAAN DAN AGONG WAJIB BERTINDAK ATAS PANDANGAN KABINET SERTA PERDANA MENTERI YANG DILANTIK BAGINDA UNTUK MENTADBIR NEGARA BERDASARKAN LUNAS-LUNAS PERLEMBAGAAN.DAN SEKIRANYA ADA PIHAK YANG MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA MAKA AGONG PERLU DINASIHATI OLEH KABINET DAN PERDANA MENTERI UNTUK SESUATU KEPUTUSAN.

MANAKALA PIHAK POLIS TIDAK BOLEH DIHALANG DARIPADA BERTINDAK MENGIKUT UNDANG2 DAN PERLEMBAGAAN NEGARA. POLIS BANYAK PENGAALAMAN DAN JASA MEMBENTERAS PENGACAU KETENTERAMAN AWAM SEMASA KOMUNIS DAN 13 MEI 1969 DULU.AKIBAT KEHEBATAN DAN KEPANDAIAN POLIS MAKA KITA SELAMAT SELAMA 54 TAHUN DAN PEMBANGKANG BOLEH HIDUP KAYA RAYA MEMERINTAH NEGERI SEHINGGA SEKARANG.TANPA POLIS MAKA SUDAH TENTU NEGARA KITA TIDAK AKAN MAJU DAN UNDANG2 DAPAT DIKUATKUASAKAN SECARA ADIL. INI KERANA KALAU SEMUA ORANG HENDAK JADI POLIS MAKA NEGARA AKAN HURU HARA DAN SIAPA KUAT MAKA DIALAH YANG BERKUASA DI JALANAN DLL.

OLEH ITU MAJORITI MELAYU YANG TERBAWA-BAWA DENGAN HASUTAN BERSIH DI BAWAH S. AMBIGA PATUT PERSOALKAN KENAPA HANYA MELAYU YANG AKAN KELUAR SECARA MAJORITI ??? MANA PERGI KAUM LAIN ???

KENAPA PULA HANYA AREA MAJORITI MELAYU DAN MASJID AKAN JADI PUSAT DEMONSTARSI BERSIH ???

KENAPA AMBIGA TIDAK BUAT DI BUKIT BINTANG ??? PETALING STREET ??? KEPONG ??? BRICKFIELDS ??? LITTLE INDIA DAN CHINA TOWN KENAPA TIDAK DIJADIKAN PUSAT BERSIH ????????

BACA TITAH AGONG :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

03/07/2011 8:40pm

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

BACA JUGA INI :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Elak pertikai tindakan PM

Oleh FAISAL AHMAD

S. Ambiga memberi penerangan mengenai cadangan mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

TINDAKAN yang diambil oleh Perdana Menteri iaitu menawarkan stadium untuk penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan adalah satu langkah yang bijak dan bertanggungjawab.

Tindakan penganjur menerimanya juga satu langkah bagus.

Bagus dari segenap sudut. Bagus dari sudut keselamatan serta imej negara dan bagus juga untuk politik kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN). Akhirnya penganjur yang keras kepala sebelum ini tunduk kepada seorang Perdana Menteri dari parti yang mereka keji, caci dan hina.

Suara-suara batu api mula kedengaran sejak kelmarin sebaik-baik sahaja penganjur perhimpunan menyatakan persetujuan menerima tawaran Perdana Menteri supaya perhimpunan yang dirancang di jalan raya dipindahkan ke dalam stadium.

Ada yang kata Perdana Menteri bekerjasama dengan pertubuhan haram kerana bersetuju berunding serta membenarkan pertubuhan haram mengadakan perhimpunan di stadium.

Satu perkara yang kita harus ingat dalam hal ini. Selain menjadi Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah seorang Perdana Menteri. Maknanya Najib pakai tiga baju utama. Ada lagi baju-baju lain yang dipakainya. Setiap baju yang dipakainya mempunyai tanggungjawab serta tugas yang berbeza.

Tanggungjawab serta tugas Najib sebagai seorang Perdana Menteri berbeza dengan dua tugasnya yang lain. Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib bertanggungjawab ke atas semua rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa atau mazhab.

Dalam isu perhimpunan jalanan yang dirancang Sabtu ini adalah menjadi tugas beliau untuk memastikan tidak ada perkara-perkara buruk yang berlaku. Soal mereka pertubuhan haram atau halal itu dah jadi perkara kedua. Soal keselamatan rakyat yang perlu diutamakan.

Tambahan pula apabila benda pelik-pelik telah djumpai oleh polis kelmarin. Bermacam-macam perkara boleh berlaku jika kerajaan terus membiarkan mereka berhimpun dan berarak di jalan raya.

Jika perkara buruk itu tidak dilakukan oleh mereka sekali pun , boleh jadi ia akan dilakukan oleh pihak-pihak asing yang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan Malaysia. Kita kena ingat balik apa yang dituturkan oleh Shamsul Iskandar dan anak Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah kata rakyat Malaysia harus mengambil semangat apa yang terjadi di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang mana dalam kejadian itu lebih 800 orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera. Manakala Shamsul Iskandar pula menghasut agar kerajaan digulingkan melalui jalan raya.

Apakah kita mahu itu terjadi? Mungkin Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga tidak berniat untuk melakukan begitu, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang telah memasang niat untuk melakukan begitu dalam perhimpunan tersebut?

Polis telah melarang agar perhimpunan tidak dilakukan di jalan raya, tetapi penganjur bertegas hendak melakukannya juga. Dalam perhimpunan yang lepas-lepas pun sama juga, polis larang tapi mereka lakukan juga walaupun penganjurnya seorang Menteri Besar.

Tapi tindakan polis kali ini agak luar biasa berbanding dengan yang lepas-lepas kerana difahamkan polis telah menghidu sesuatu yang tidak baik yang telah dirancang oleh penganjur atau mereka yang terlibat. Polis telah hidu yang mereka akan melakukan hura-hara. Buktinya dengan penemuan pelbagai senjata kelmarin.

Sekiranya penganjur tetap mengadakan perhimpunan di jalan raya Sabtu ini dan berlaku keganasan yang boleh menyebabkan kematian serta kecederaan seperti mana yang diseru oleh Nurul Izzah, siapakah yang mereka salahkan dan siapakah yang perlu bertanggungjawab? Sudah tentu Perdana Menteri dan polis yang disalahkan dan mereka perlu menjawabnya.

Peristiwa Memali yang berlaku lebih 20 tahun lalu sampai ke hari ini pun masih lagi dijadikan modal pembangkang.

Kematian Teoh Beng Hock yang bunuh diri itu pun boleh membuatkan kerajaan berpeluh jantan untuk menjawabnya, bagaimana pula sekiranya berlaku satu kematian dalam perhimpunan Sabtu ini jika mereka terus berhimpun di jalan raya?

Tidakkah berbuih mulut kerajaan dan polis untuk menjawabnya? Itu jika berlaku satu kematian, bagaimana pula jika lebih daripada satu yang mati?

Satu perkara yang kita kena ingat, dalam kepala pemimpin-pemimpin pembangkang bermacam-macam perkara yang mereka fikir supaya timbul huru-hara demi mencari keuntungan politik kepada mereka dalam PRU akan datang.

Tidak mustahil mereka akan menimbulkan huru-hara sesama mereka atau mengupah orang tertentu melakukan huru-hara sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Apabila itu berlaku, mereka cepat-cepat lemparkan kesalahan kepada polis dan kerajaan. Mereka akan ceramah keliling negara 24 jam sehari untuk memburuk-burukkan kerajaan serta polis di atas kecelakaan yang terjadi.

Semenjak kejadian rusuhan di Kaherah awal tahun ini ramai pemimpin pembangkang yang meleleh air liur melihatnya dan mahu kejadian itu berlaku di Malaysia. Untuk memastikan impian mereka tercapai mereka sanggup lakukan apa sahaja.

Contohnya dalam kejadian seorang peniaga beras yang meninggal dunia semasa dikejar Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Kelantan awal tahun ini, seorang pemimpin Pas Kelantan dalam ceramahnya cuba menghasut rakyat agar bertindak seperti rakyat Mesir.

Beliau menerangkan kejadian di Mesir bermula daripada seorang remaja yang dipukul polis dan satu kempen dijalan melalui Facebook (FB) dan itulah yang membuat rakyat Mesir bangkit di Dataran Tahrir. Taktik serupa cuba diguna pakai dalam kes itu apabila satu laman FB diwujudkan kononnya untuk menuntut keadilan kepada mangsa dan laman FB itu turut dipromosi oleh Harakah Daily.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mengambil pendekatan berunding dengan musuh. Apabila berunding bukan bermakna kalah. Sebab itu saya puji pendekatan yang diambil oleh Najib dalam hal ini. Beliau bijak.

Berunding dengan musuh tanpa perlu menggunakan senjata dan menitiskan setitik darah adalah lebih baik daripada menewaskannya dengan menggunakan senjata dan mengorbankan ramai orang.

Sebenarnya tindakan berunding dengan pertubuhan haram kali ini bukannya tindakan kali pertama yang diambil kerajaan. Perkara ini pernah berlaku di Baling pada tahun 1955 yang dinamakan Rundingan Baling. Pada masa itu kerajaan bukan sahaja berunding dengan pertubuhan haram, malah berunding dengan pertubuhan pengganas komunis yang diketuai Chin Peng.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor pernah pergi berunding dengan Chin Peng di Haadyai, Thailand pada tahun 1989 yang akhirnya menyaksikan Parti Komunis Malaya (PKM) meletak senjata. Jika tidak sebelum itu rakyat kita yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan Thailand tidak tenteram hidup kerana takutkan komunis.

Kenapa pula pada masa itu tiada pihak yang pertikai kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap pengganas-pengganas komunis dan komunis pula tidak pertikai orangnya yang telah mati kerana bertempur dengan pasukan keselamatan negara?

Hari ini apabila kerajaan mengambil langkah berunding dengan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Bersih, ada pula pihak mempertikaikan dan berpura-pura bertanya soalan kepada kerajaan tentang tindakan yang diambil oleh polis sebelum ini.

Apabila kerajaan sudi berunding dengan pertubuhan haram dan membenarkan mereka berhimpun bukan bermakna pertubuhan itu sudah halal.

Masih ingatkah anda pada peristiwa Al Maunah satu masa dulu? Jika hendak bertindak kasar, pihak berkuasa tentera dan polis boleh bertindak kasar. Pasukan elit komando tentera dan polis kita boleh bertindak menembak mati ahli kumpulan berkenaan sekelip mata sahaja.

Tapi oleh kerana kebijaksanaan Perdana Menteri pada masa itu, Dr. Mahathir, Menteri Pertahanan, Najib serta dibantu kebijaksanaan anggota-anggota tentera dan polis pada masa itu mereka menggunakan kaedah rundingan. Akhirnya semua ahli kumpulan Al Maunah menyerah diri hidup-hidup.

Itulah yang dinamakan buat kerja menggunakan akal fikiran dan bukannya menggunakan emosi. Berundur setapak ke belakang untuk maju seribu tapak ke hadapan.

Tindakan Najib menawarkan stadium kepada penganjur adalah satu langkah bijak yang perlu dipuji. Ia boleh menyelesaikan banyak masalah. Anggota-anggota polis juga tidak perlu lagi dikerah bertungkus lumus untuk mengawal keadaan pada hari berkenaan. Mereka boleh beri tumpuan kepada tugas hakiki.

Sekiranya apa-apa perkara buruk yang berlaku dalam stadium adalah menjadi tanggungjawab penganjur. Mereka tidak boleh lagi salahkan kerajaan atau polis.

FAIZAL AHMAD ialah penulis blog RBF

Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com)

bersih patut pantau pilihanraya masjid dan rumah ibadat bukan islam di pulau pinang

Pilihan raya masjid bercelaru
Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Faridzwan Abdul Ghafar
bhnews@bharian.com.my
2011/06/14

Tiada senarai daftar pemilih bagi pemilihan jawatankuasa kariah
dipetik dari BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pilihanrayamasjidbercelaru/Article
GEORGETOWN: Pemilihan jawatankuasa kariah masjid di negeri ini bagi sesi 2012-2013 yang menggunakan kaedah ‘pilihan raya masjid’ dijangka bercelaru apabila berlaku kekeliruan berhubung individu yang layak mengundi pada proses dijangka bermula Sabtu ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan pihaknya tidak menyediakan senarai daftar pemilih untuk proses pengundian dan mereka yang layak mengundi akan ditentukan jawatankuasa kariah masjid sedia ada.

SEKADAR MEMETIK LAPORAN AKHBAR DARI PULAU PINANG MENGENAI ISU PILIHANRAYA MASJID DI PULAU PINANG ABE RASA PIHAK GERAKAN BERSIH YANG NAK BETULKAN SISTEM PILIHANRAYA SPR PATUT BETULKAN DAHULU SISTEM PILIHRAYA MASJID PULAU PINANG BIAR TULIN ATAU SAH IKUT DEMOKRASI ISLAM.

SERENTAK DENGAN INI JUGA BERSIH WAJAR BERSIHKAN JUGA SEMUA SISTEM PILIHANRAYA SEMUA RUMAH IBADAT AGAMA HINDU, BUDHA, KRISTIAN, SIKH DLL SUPAYA IANYA BERSIH DAN DEMOKRATIK. TENTUKAN JUGA MEREKA ADALAH BEBAS DARI PENGARUH POLITIK KEPARTIAN KERANA SEMUA AGAMA TIDAK BERCOP PARTI POLITIK MALAH ORANG TAK BERPARTI PUN BERHAK MENGANUT AGAMA TERSEBUT.

ABE SYORKAN JUGA MB NIK AZIZ KELANTAN DAN MB AZIZAN KEDAH YANG BERTARAF TOK GURU WAJIB JUGA MENGADAKAN PILIHANRAYA MEMILIH AJK MASJID DI NEGERI MASING-MASING. TAK KAN TOK GURU LIM GUAN ENG PENANG LEBIH ALIM DARI HANG PA BERDUA ???

BERSIH KENA DESAK TOK GURU DUA ORANG TU BUAT PILIHANRAYA MASJID. MAKALAU DEPA TAK MAU BUAT MAKA WAJIB BERSIH BUAT DEMONTARSI BANTAHAN DI SEMUA MASJID DI KELANTAN DAN KEDAH. APAMACAM ????????/

MAHAGURU DAN MAHAGARU TS KHALID MB SELANGOR PUN WAJIB BUAT PERKARA SAMA DI SELANGOR…..
LIHAT …. http://bm.bersih.org/