SOKONG TOK SHABERY CHEEK

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. ITULAH FALSAFAH MANUSIA SEJAGAT. APATAHLAGI KITA ORANG TIMUR TERKANDUNG ADAT DAN RUKUN HIDUP YANG AMAT TINGGI NILAINYA, DI NEGARA KITA PERKARA INI DIKEMASKAN LAGI DENGAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SEJARAH, UNDANG-UNDANG, ADAT RESAM KITA DAN KEMULIAAN BERAGAMA BERBILANG KAUM. SELAIN ITU BAGI MENGUKUHKAN PERPADUAN SETELAH BERLAKU TRAGEDI BERDARAH PERGADUHAN KAUM 13 MEI 1969, MAKA RUKUN NEGARA TELAH MENJADI SEMACAM BUDAYA KITA.

DALAM AGAMA, AMALAN MORAL DAN ADAT KITA BERBILANG KAUM DI SINI PULA SENTIASA DIHORMATI PANTANG LARANG DEMI MENJAGA HATI, PERASAAN, HAK, PELUANG, KEADILAN DALAM POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI. SEBAB ITU BANYAK PERKATAAN “JANGAN,” “INGAT”, “BERHATI-HATI,” “TIMBANGRASA,” DAN SEBAGAINYA.

MAKNANYA MEMBERI PERINGATAN DAN LARANGAN BUKANLAH NEGATIF. MALAH IANYA SESUAI DENGAN CARA KITA DI NEGARA INI YANG SEJARAHNYA BERLAINAN SAMA SEKALI DENGAN TEMPAT LAIN. OLEH ITU GUNAPAKAI CARA DAN BUDAYA BARAT DALAM SELESAIKAN MASAALAH DI SINI ADALAH TIDAK SESUAI, SEBAB DIA AKAN JANGGAL DAN ASING. DAN SETERUSNYA TIMBUL MASAALAH LAIN PULAK.

OLEH ITU TINDAKAN KERAJAAN WALAUPUN APA SAHAJA DAN DENGAN ALASAN APA PUN MAKA IANYA DEMI “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.”

UNTUK INI ABE SOKONG TOK SHABERY MENTERI PENERANGAN YANG IKHLAS MEMBERI KENYATAAN MELALUI BERNAMA HARI INI (SILA BACA). INI JUGA GAMBARKAN KERAJAAN TIDAK ADA NIAT LAIN SELAIN DARIPADA MENJAGA KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA YANG JUJUR SERTA TAK ADA APA-APA KEPENTINGAN, MELAINKAN NAK KAN NEGARA YANG “SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR.”

TOK SHABERY ADALAH TOKOH MUDA YANG LOGIK DAN BERFIKIRAN TERBUKA DALAM SESUATU ISU. TETAPI MALANGNYA ADA MEREKA YANG BERKEMPENTINGAN DAN GUNAKAN NAMA “RAKYAT” UNTUK MEMBURUK2KAN NIAT SUCINYA SELAKU MENTERI PENERANGAN. INI TIDAK ADIL KERANA KALAU DIA TIDAK BERCAKAP UNTUK PERTAHANKAN KERAJAAN MELALUI KOMUNIKASI, SIAPA LAGI? KALAU TAK CAKAP MAKA AKAN DIKATAKAN MENTERI TAK BUAT KERJA PULA.

PERBUATAN MENGHALANG MENTERI ATAU PENJAWAT AWAM SEPERTI POLIS UNTUK LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB AWAMNYA ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA. OLEH ITU JANGANLAH ADA KEMPEN MEMBENCI ATAU NAK BOIKOT MEMBOIKOT TERMASUKLAH MEDIA SEPERTI DULU KENA KAT UTUSAN MALAYSIA. DI MANA KEADILANNYA KALAU SEBELAH PIHAK SAHAJA PERLU DIDENGAR KERANA MEREKA ADALAH PIHAK “KEBENARAN” (KENA TUBUH PARTI KEBENARAN ATAU BENAR PULAK NI). ADIK2 KAT BLOG PUN NAMPAKNYA DENGAR DENGAN SEBELAH TELIGA SAHAJA. TAK BOLEH KENA DUA BELAH SEBAB NANTI TELIGA ROSAK SEBAB TAK ADIL DALAM PEMAKAIANNYA.

OLEH ITU JANGANLAH KITA PRASANGKA BURUK TERHADAP SESUATU TINDAKAN KERAJAAN, UMPAMANYA PERANAN PIHAK POLIS DALAM BEBERAPA HARI INI. JANGANLAH SEMUA PERKARA DIPOLITIKKAN KERANA POLIS ADA TANGGUNGJAWAB AWAM YANG PERLU DITUNAIKAN. TIDAK ADIL KITA BURUK KAN IMEJ ATAU SEKAT POLIS DARIPADA LAKSANA TUGASNYA. KALAU BERLAKU KEKACAUAN, JENAYAH, PELANGGARAN UNDANG2 DLL MAKA PIHAK POLIS PULA AKAN DIPERSALAHKAN DENGAN MACAM2 ANDAIAN PULAK.

OLEH ITU BERI KERJASAMA KEPADA POILIS LAKSANAKAN “CEGAH SEBELUM PARAH” KERANA “MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI”. CUMA BETUL TOK SHABERY, POLIS KENALAH TIMBANGKAN SUPAYA ALIRAN KOMUNIKASI DUA HALA PERLU DITINGKATKAN. CONTOHNYA APA YANG DIULAS OLEH TOK SHABERY TU LAH. OK ABE BERALAH DULU (BUKAN KALAH ATAU TAKUT, TAPI BAHASA BERADAB UNTUK BERHENTI MENULIS).

BERITA DIPETIK DARIPADA BERNAMA.
14 September, 2008 00:33 AM

Shabery Harap Polis Beri Penjelasan Berhubung Penahanan Wartawan Sin Chew Di Bawah ISA

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap polis dapat beri penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya.

“Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di sini Sabtu malam. Turut hadir ialah timbalannya Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan.

Syed Hamid berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan mengenai kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang dikatakan mengandungi kenyataan berbentuk perkauman.

Bagaimanapun Tan dibebaskan oleh Ibu pejabat Polis kontinjen Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.30 petang hari Sabtu.

Shabery yang menyuarakan rasa lega dengan pembebasan Tan berkata tindakan itu jelas menggambarkan bahawa penahanan di bawah ISA bukan berbentuk hukuman jangka panjang, dan menambah bahawa ia hanya bertujuan menghalang pihak tertentu daripada membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengancam keselamatan nasional.

— BERNAMA

3 comments so far

  1. Mat Sufi on

    Dah muak dengan akhbar berbahasa Cina kerana tidak membina ke arah bangsa Malaysia dalam erti kata sebenarnya. Apa guna berbangsa Malaysia kalau tidak memberi keutamaan kepada akhbar berbahasa Melayu.Tentu nanti aku pula dikatakan rasis selepas ini.

  2. aberamly on

    ADIK SUFI NI BOLEH BACA MADERIN KE? BAIK TU… BACA YA THE ART OF WAR. KALU NAK FAHAM ORANG CINA KENA BACA STRATEGI DAN CARA DEPA BERFIKIR… KALAU TIDAK HABISLAH. KITA AKAN TEMBAK PELURU KAPOR SEBAB TAK KENA KAT SASARAN ATAU NALURI MEREKA.

  3. Mat Sufi on

    Isu boleh baca itu hal lain. Saya dah baca Seni Peperangan terbitan DBP.Sebagai orang Malaysia yang kononnya berjiwa besar, patutkah kita membelakangkan bahasa bangsa kita, yakni bangsa Malaysia. Strategi menjadi bangsa maju kita kena jelas… aberam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s