ZAID KUDA HITAM ATAU KAMBING HITAM?

KEKADANG TERFIKIR OTAK BERKARAT INI, SEJAK HIDUP LEBIH 50 TAHUN DI BUMI MALAYSIA ABANG RASAKAN UNDANG2 KITA SEMAKIN KETAT ATAU BERTAMBAH DARI SETAHUN KE SETAHUN. PARA PENGAMAL UNDANG2 PULAK SEMAKIN PENTING DAN DIPERLUKAN DALAM MASYARAKAT KITA BERBANDING DENGAN DULU. RASANYA TAK ADA PULAK UNDANG2 YANG SEMAKIN RINGAN ATAU MENGECIL. CONTUHNYA MENGENAI JALAN RAYA, DADAH, KEWANGAN, JENAYAH DAN LAIN-LAIN.

JADI HAIRAN JUGA MENGAPA UNDANG-UNDANG MENGENAI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI NEGARA IN MACAM ISA DITUNTUT SUPAYA DIKECIL ATAU DIMANSUHKAN, MENGAPA YA? ADAKAH KERANA TIDAK UNTUNGKAN MEREKA YANG MENDESAK TU ATAU BAGAIMANA? MUNGKINKAH KERANA RACIST?

ABE NI YANG DAH LAMA HIDUP DAN MULAI HAIRAN DENGAN SIKAP BARU RAKYAT MALAYSIA SEKARANG, KHASNYA SELEPAS PILIHANRAYA 2008 LALU. MENGAPA YA? TIDAK KAH UNDANG2 ITU DIGUBAL KERANA ADA MASAALAH YANG PERLU DITASI. MACAMLAH ISA NI… BUKANKAH UNTUK JAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM? ANCAMAN KESELAMATAN DI NEGARA INI DATANGNYA AKIBAT PERKAUMAN, RACIST, PELAMPAU UGAMA, PELAMPAU IDEOLOGI PENGHASUT… HASUTAN.

KALAU TAK ADA MASAALAH INI TENTU ISA TAK RELEVEN LAGI, TAPI UNDANG2 PATUT ADA SEBAB HANYA PENCURI DAN MEREKA YANG NAK LANGGAR UNDANG2 SAHAJA YANG ANTI SEGALA UNDANG2.

TERFIKIR ABE… KALAU RAKYAT MALAYSIA NI BETUL2 BERTAMADUN TINGGI, KEUTUHAN PSIKOLOGI, IKUT PERLEMBAGAAN, HAYATI SEJARAH NEGARA, AMAL BANGSA MALAYSIA, TOLERANSI TINGGI, CINTAKAN NEGARA, MINDA KELAS PERTAMA, GLOBAL, LIBERAL, BERSATUPADU… RASANYA TAK ADA HINDRAF DAN SUARA-SUARA RACIST. BETUL TAK?

MACAM AKSI TOK ZAID NI… DOH GUANE GAMOK TOK SHABERY WEEIII!  APA HAL PULAK? BACALAH POSTING “OTAI” NI….

Wednesday, October 1, 2008

ANTARA KUDA HITAM ATAU KAMBING HITAM

Petikan dari MALAYSIAKINI

Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM
Sep 30, 08 2:37pm

Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.

Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.

Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.

RAYUAN TOK ZAID KEPADA PAK LAH:

“YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.

Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.”

DEMIKIANLAH PATAH-PATAH AYAT YANG DIUKIR OLEH TOK ZAID IBRAHIM, BEKAS MENTERI DI JPM YANG PERNAH DIAMANAHKAN OLEH PAK LAH UNTUK MEMBUAT REFORMASI KEPADA PERUNDANGAN NEGARA.

BELIAU AMAT MENENTANG ISA, DAN DENGAN KUATNYA MENGATAKAN BAHAWA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 ADALAH UNTUK BENTERAS KOMUNIS, KATANYA ALMARHUM TUNKU:

“Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.”

DAPATLAH KITA FAHAM BILA KOMUNIS TAK ADA MAKA TENTULAH IA TIDAK RELEVEN LAGI. ITULAH PENDAPAT PAKAR UNDANG-UNDANG YANG MELIHATNYA SECARA “DIRECT TRANSLATION.”

TAPI BAGI SAYA PENGAMAL SAINS KEMASYARAKATAN, YANG PENTING ADALAH SEMANGAT AKTA INI UNTUK JAGA ATAU MENCEGAH MEREKA YANG BERSELINDUNG DI BALIK HAK ASASI, PERSAMAAN, KEADILAN, LIBERALISASI, GLOBAL DAN SEBAGAINYA. KOMUNIS SUDAH TIADA, BETUL DI SEGI ANCAMAN BERSENJATA TETAPI FAHAMAN ALA KOMUNIS SEKARANG BANYAK MENYERAP DALAM NGO, PARTI POLITIK HALUAN KIRI, PROFESIONAL,AKTIVIS PERPADUAN, PENGANJUR BANGSA MALAYSIA,MEDIA DLL. MEREKA INI JADI DEDALU ATAU PERASIT DI POKOK PERLEMBAGAAN ATAU UNDANG-UNDANG NEGARA. DAN TERNYATA MEREKA KURANG HAYATI SEJARAH DAN CITA-CITA NEGARA BANGSA YANG KITA TUBUHKAN BERTERASKAN “KONTREK SOSIAL” DALAM PERLEMBAGAAN 1957.

SATU SOALAN KEPADA TOK ZAID… KALAU MEREKA YANG KONONNYA NI DUKONG “MALAYSIAN MALAYSIA” CONTUHNYA PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL… MENGAPA MEREKA SABOTAJ ALMARHUM TUNKU PERDANA MENTERI PERTAMA DENGAN TAK CERMAT SEHINGGA MENDORONG TERCETUSNYA PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969? INILAH KEGAGALAN ALMARHUM TUNKU YANG PALING BESAR DALAM SEJARAH NEGARA.

APA GUNANYA PULA SERUAN UNTUK KEMBALI KEPADA DASAR TUANKU YANG DIKATAKAN TEBAL DENGAN KEADILAN, KEBAJIKAN DAN PRINSIP-PRINSIP KEBEBASAN BILA TOK ZAID PUN PERTIKAIKAN TINDAKAN TUNKU? IAITU:

“Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.”

BAGAIMANA PULA PAK LAH DISERU UNTUK KEMBALIKAN ZAMAN TUANKU YANG KONONNYA HARMONI DAN DISANJUNGI RAKYAT.. BILA SEMUA PIHAK YANG KONONNYA CINTAI GAYA ALMARHUM TUNKU MENJADIKAN PAK LAH SENDIRI MENJADI MANGSA TOHMAHAN, DIFITNAH DAN DILABELKAN ZALIM KERANA AMBIL TINDAKAN BERDASARKAN UNDANG2 DEMI KESELAMATAN NEGARA? ZAMAN TUN DR M DULU PUN LAGENDA TUNKU DIJADIKAN MODAL UNTUK BURUK-BURUKAN DAN ADUDOMBAKAN TUN DR M DENGAN ALMARHUM TUNKU. NAMPAKNYA SEJARAH BERULANG LAGI!

SEMUA ORANG TAHU DASAR BERHEMAH SERTA LEMAH LEMBUT DAN EMPOWERMENT YANG PAK LAH LAKSANAKAN TERMASUK LANTIK TOK ZAID SENDIRI UNTUK LAKSANA REFORMASI UNDANG-UNDANG NEGARA.

SOALANNYA ADAKAH KETELUSAN DAN KEIKHLASAN PAK LAH DALAM TINGKATKAN “DELIVERY SYSTEM” NEGARA DIHARGAI? (DISANJUNG JAUH SEKALI!)

OLEH ITU BIJAK PANDAI DAN SEJARAHWAN… BANGKITLAH TUNJUKKAN KEBENARAN. JANGANLAH TERLALU BERMAIN DENGAN BOMBASTIK DAN AKADEMIK YANG IDEAL DAN SUMBANG SERTA TAK KENA TEMPATNYA!

KATA CHE DET… PAKAI OTAK LA….
OTAI – HANYA LONTARKAN PERSOALAN ANTARA TEORI KUDA HITAM ATAU KAMBING HITAM.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: